Ibu Mengandung Boleh Buat Kiropraktik Ke? Kenali Webster Techniqu

Author:

Ramai ibu mengandung yang datang jumpa kami cakap macam ni: “Dulu masa hamil trimester 1 dan 2, badan rasa ringan je. Lepas masuk trimester 3, tiba-tiba rasa berat sangat nak bergerak, terutama sekali tulang belakang rasa macam nak patah!”

Memang betul. Bila perut makin membesar, badan terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan besar, terutamanya tulang belakang.

Baru-baru ini ramai yang tanya, betul ke wanita hamil boleh buat kiropraktik? Jadi, apa kata kita bincangkan: kiropraktik untuk ibu hamil, atau lebih dikenali dalam bahasa kiropraktik sebagai ‘Webster Technique’.

 

Apa Jadi Pada Badan Ibu Ketika Hamil?

Dalam masa sembilan bulan je, badan kita berubah dengan drastik.

  1. Hormon Relaxin
    Hormon ni tugasnya untuk melonggarkan ligamen sebagai persediaan untuk bersalin. Tapi kesannya, sendi-sendi, terutama di bahagian pelvis akan menjadi longgar dan tidak stabil.
  2. Pusat Graviti Beralih
    Bila perut makin besar, pusat graviti kita beralih ke depan. Untuk mengelakkan kita jatuh, bahagian tulang belakang kita akan melengkung lebih daripada biasa. Lama-lama, datanglah sakit pinggang.
  3. Kesan Pada Tulang Belakang
    Bila tulang belakang terpaksa menampung beban yang bertambah, pelvis pun jadi tidak seimbang. Bila pelvis tak seimbang, bayi pun tak cukup ruang untuk bergerak ke posisi yang terbaik untuk kelahiran.

Kat sinilah bermulanya segala ketidakselesaan, sakit dari leher sehingga pinggul.

Dengan Webster Technique, tulang belakang dan pelvis dapat diseimbangkan. Tekanan pada sendi dan saraf berkurang, dan bayi mendapat ruang yang lebih selesa untuk bersedia lahir.

 

Apa Itu Webster Technique? Adakah Teknik Rawatan ini Sahih?

Kalau kiropraktik biasa untuk tulang belakang, Webster Technique pula rawatan khusus untuk ibu mengandung. Konsepnya sama macam doktor, ada doktor am, ada doktor pakar.

Teknik ni dicipta oleh Dr. Larry Webster, pakar kiropraktik dari Amerika. Ia bukan sekadar adjustment biasa, tapi teknik adjustment yang lembut dan spesifik untuk menyeimbangkan pelvis ibu hamil. Tujuannya? kurangkan tekanan pada rahim dan pastikan sistem saraf berfungsi dengan baik. 

Keberkesanan Webster Technique telah direkodkan dalam pelbagai sumber klinikal. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Manipulative and Physiological Therapeutics pada tahun 2002 melaporkan kadar kejayaan sebanyak 82% untuk membantu bayi dalam posisi songsang berpusing ke posisi betul. Kajian ini melibatkan 112 kes ibu hamil dan sehingga kini masih menjadi rujukan utama dalam bidang kiropraktik pranatal.

 

5 Tanda Ibu Mengandung Perlukan Webster Technique

Macam mana nak tahu kalau dah kena jumpa pakar?

Tanda Apa yang berlaku
Sakit pinggang melarat Sakit di bahagian bawah belakang yang tak hilang walaupun dah rehat. Duduk lama-lama rasa sakit, tidur pun tak selesa.
Baby posisi songsang Doktor dah sahkan bayi masih dalam posisi songsang (kepala di atas) ketika usia kandungan 32–36 minggu.
Sakit sendi pinggul Rasa sakit atau ngilu di bahagian depan pinggul atau celah paha, terutama bila jalan atau bertukar posisi tidur.
Kontraksi palsu Perut kerap mengeras atau kontraksi awal akibat badan yang tegang dan sistem saraf terganggu.
Sukar nak bersalin Pengalaman bersalin anak pertama dulu sukar dan memerlukan banyak bantuan seperti forceps atau C-section.

 

Macam Mana Webster Technique Bantu Ibu Hamil?

Teknik ni bukan guna magic. Ia berdasarkan biomekanik atau pergerakan tubuh.

  1. Seimbangkan pelvis
    Bila tulang pelvis seimbang, rahim akan berada dalam posisi neutral. Ini bagi ruang yang cukup untuk bayi bergerak ke posisi kepala di bawah.
  2. Kurangkan tekanan pada ligamen round
    Ligamen round ni selalunya jadi punca utama rasa ngilu yang tajam bila kita bangun laju atau bertukar posisi masa tidur. Bila pelvis seimbang, ketegangan pada ligamen ni akan berkurang.
  3. Bantu sistem saraf berfungsi dengan baik
    Bila tulang belakang sejajar, badan akan lebih relaks. Hormon stres berkurang, dan oksitosin (hormon bersalin) boleh berfungsi dengan lebih lancar.
  4. Persediaan untuk bersalin lancar
    Pelvis yang seimbang memudahkan bayi turun dengan sempurna. Ramai ibu yang alami proses bersalin lebih pendek dan kurang trauma selepas buat Webster Technique.

 

Ramai ibu yang telah mencuba Webster Technique melaporkan pengalaman bersalin yang lebih lancar dan kurang sakit berbanding sebelum ini. Dengan pelvis yang lebih seimbang, proses kelahiran menjadi lebih mudah dan risiko untuk menggunakan forceps, vakum, atau menjalani pembedahan C-section juga dapat dikurangkan.

 

Webster Technique: Kenapa Perlu Pilih Pakar Yang Bertauliah?

Apabila berbicara tentang rawatan sakit pinggang ketika hamil dan persediaan untuk melahirkan, adalah penting untuk kita berpandukan fakta dan bukannya sekadar mendengar khabar angin.

Pakar kiropraktik yang terlatih dalam Webster Technique memang ada kemahiran khas untuk jaga ibu hamil. Sama ada anda baru 15 minggu dengan sakit belakang yang mengganggu, atau dah 36 minggu dan sedang mencari cara pusingkan baby songsang, jumpa pakar kiropraktik pranatal yang bertauliah adalah antara langkah paling selamat dan berkesan.

Badan kita dah bertarung sembilan bulan mengandung. Sudah sampai masanya kita bagi penjagaan yang layak, sebagai persediaan nak sambut si kecil dengan lebih tenang dan yakin.

Sedia untuk pengalaman kehamilan yang lebih lancar? Tempah janji temu penilaian kiropraktik pranatal anda hari ini.

📲 Chat with us on WhatsApp: Click here to start a conversation.
Fast response. No obligation. 

Share:
More Posts

Not Sure Where to Start? Chat with a Specialist Now!