Risiko Rawatan Kiropraktik! Betul Ke Selamat?

Author:

Kita Bedah Fakta, Buang Mitos, & Kenalpasti ‘Pakar’ Palsu

Dalam era TikTok dan viral ni, kalau kita search pasal kiropraktik, memang macam – macam akan keluar.

Ada video gembira lepas crack badan jadi ringan macam boleh terbang. Ada juga video adjustment yang menakutkan dan nampak menyakitkan yang buat kita tertanya-tanya sambil pegang leher sendiri: “Kiropraktik bahaya ke? Boleh lumpuh ke?”

Jom kita baca dan fahami dengan lebih mendalam mengenai kiropraktik dan kesahihannya dalam rawatan. Kita cerita mana satu fakta, mana satu mitos. Dan yang paling penting, kita ajar macam mana nak bezakan kiropraktor yang bertauliah dengan kiropraktor palsu Malaysia.

 

Badan Saya Jadi Lagi Teruk Lepas Jumpa Kiropraktik

Dalam dunia media sosial sekarang ni, memang banyak video yang kita boleh tengok pasal kiropraktik. Video pasal sesetengah individu yang buat servis “letupkan” tulang ni. Ada yang nampak macam best, puas lepas dengar bunyi crack. 

Tapi kita kena faham satu benda sahaja. Adakah mereka yang buat service letupkan tulang ini bertauliah? Berlesen? Dan berdfatar sebagai seorang kiropraktor yang sah?

Kenapa Kiropraktor Palsu ini Bahaya?

  1. Tak belajar anatomi manusia
    Tak tahu struktur tulang belakang. Tak tahu saraf mana perlu dilindungi. Tak tahu batas selamat badan manusia. Ilmu cuma dari YouTube dan kursus hujung minggu. Bukan dari universiti.
  2. Teknik Kasar
    Guna teknik paksa, tarik kuat, pusing leher secara mendadak. Padahal, kaedah kiropraktik yang betul lembut, tepat, dan ikut keperluan badan pesakit.
  3. Tiada Pemeriksaan Awal
    Tak tanya sejarah kesihatan pesakit. Tak tahu pesakit ada masalah tulang belakang yang serius ke, pernah kemalangan ke, atau ada kondisi khas. Terus bertindak tanpa penilaian.
  4. Tiada kelayakan dan akauntabiliti
    Takde sijil dari universiti yang diiktiraf. Di Malaysia, cuma Universiti IMU sahaja yang ada kursus kiropraktik yang sah. Bila jadi komplikasi, diorang hilang. Pesakit yang tanggung akibat.

 

5 Tanda Kiropraktik Palsu Yang Patut Dielak

Jangan jadi terpedaya dengan harga murah atau janji manis. Ini tanda-tanda yang korang kena ingat:

Tanda Kenapa Bahaya
Janji sembuh dalam 1 sesi  Rawatan sebenar perlukan masa. Janji sedemikian tidak realistik dan mengelirukan.
Tiada pemeriksaan awal / consultation Tidak bertanya sejarah pesakit dan terus melakukan rawatan tanpa penilaian/consultation. 
Teknik yang memaksa Teknik paksa tanpa mengikut kondisi pesakit. Ini petanda kurang latihan atau tiada pengalaman.
Tiada sijil yang sah Kebanyakkan kirorapktor yang sah akan mempamerkan sijil mereka dibilik rawatan.
Harga rawatan yang terlalu murah Harga yang terlalu murah. Biasanya kualiti dan keselamatan tidak diutamakan.

 

Jika jumpa mana-mana tanda ini, rawatan yang ditawarkan berkemungkinan tidak selamat.

 

Pastikan Rawatan Kiropraktik Anda Selamat & Tulen

Kami faham kebimbangan anda. Sebab itu di TAGS, keselamatan adalah keutamaan. Kami bukan sekadar mahu viral. Kami mahu menjadi penyelesaian.

Cara kami memastikan rawatan kiropraktik selamat untuk setiap pesakit:

  1. Pemeriksaan Menyeluruh Sebelum Rawatan
    Setiap rawatan dimulakan dengan sesi soal jawab, pemeriksaan fizikal terperinci, dan jika perlu, rujukan X-ray. Tujuannya adalah untuk memastikan teknik yang digunakan tepat dengan kondisi badan anda.
  2. Pakar Bertauliah
    Setiap chiropractor di TAGS memiliki sijil dari institusi yang diiktiraf. Sijil ini tidak disimpan, tetapi dipamerkan di bilik rawatan. Anda boleh melihat sendiri kelayakan kami sebagai bukti bahawa rawatan diberikan oleh pakar yang benar-benar bertauliah.
  3. Rawatan Mengikut Kondisi Pesakit
    Setiap pesakit mempunyai keperluan yang berbeza. Teknik untuk atlet tidak sama dengan pesakit osteoporosis. Kami tidak mengamalkan pendekatan satu teknik untuk semua. Sebaliknya, rawatan kami adalah peribadi, lembut, dan fokus kepada pemulihan jangka panjang.

 

Jangan Takut, Tapi Bijak Memilih

Jadi, balik kepada soalan awal: adakah risiko dalam rawatan kiropraktik?

Ada. Setiap prosedur perubatan pasti ada risikonya. Namun, risiko tersebut dapat dikawal apabila rawatan diberikan oleh pakar bertauliah yang mengikut prosedur betul.

Masalah timbul apabila rawatan dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab, tanpa kelayakan, tanpa pemeriksaan awal, dan tanpa memahami anatomi manusia.

Maka, fokus kita bukanlah untuk menolak rawatan kiropraktik. Tetapi untuk memastikan rawatan diterima daripada pakar yang benar-benar bertauliah.

 

Kenapa Rawatan Kiropraktik di TAGS Lebih Selamat?

Di TAGS, keselamatan bukan sekadar janji. Ia dibina melalui:

  1. Kelayakan yang diiktiraf: Setiap chiropractor kami lulus dari institusi yang sah. Sijil dipamerkan terbuka di bilik rawatan. 
  2. Pemeriksaan menyeluruh: Tiada rawatan tanpa penilaian. Kami akan tanya sejarah kesihatan, buat pemeriksaan fizikal, dan rujuk X-ray jika perlu. Setiap langkah ada sebab.
  3. Teknik mengikut kondisi pesakit: Badan anda unik. Teknik untuk atlet berbeza dengan pesakit osteoporosis. Kami tidak guna satu pendekatan untuk semua.
  4. Tanggungjawab penuh: Kamibertanggungjawab penuh terhadap setiap rawatan. Setiap pesakit ada rekod dan setiap pesakit ada hak untuk tahu.

 

Bagi anda yang memerlukan rawatan kiropraktik yang bertauliah dan mempunyai sijil, TAGS Chiropractic & Rehabilitations adalah pilihan yang tepat. Dapatkan rawatan di TAGS berdekatan sekarang.

📲 Chat with us on WhatsApp: Click here to start a conversation.
Fast response. No obligation. 

Share:
More Posts

Not Sure Where to Start? Chat with a Specialist Now!