Selalu Sakit Kepala? Jangan Asyik Makan Ubat Je!

Author:

Sakit Kepala Tak Sihat? Mungkin Leher Punca Sebenarnya!

Hampir setiap minggu mesti ada je pesakit yang datang ke tempat kami dan complain sakit kepala dah hampir dua minggu! Bila tanya, pernah buat rawatan apa je sebelum ni? Ada yang ambil mudah, ada yang terus capai panadol dalam beg. Ada juga yang pergi ke klinik tapi masih tak sihat. 

Pernah tak kita terfikir, kenapa ubat pening kepala kadang tak selesaikan masalah pening kepala ni? 

Sebenarnya, ramai yang tak sedar, sakit kepala boleh datang dari bahagian badan lain. Bukan semestinya dari otak. Salah satu punca yang paling selalu terlepas pandang adalah leher.

Dalam perubatan, sakit kepala jenis ni dipanggil Cervicogenic Headache (sakit kepala berpunca dari leher). 

Bunyi macam susah, tapi konsepnya mudah je. Mari kita bongkar satu per satu.

 

Jenis Sakit Kepala yang Selalu ‘Terlepas Dari Radar’

Kita selalu dengar pasal migrain: sakit berdenyut sebelah kepala, buat loya, tak tahan cahaya. Ada juga sakit kepala tegang: rasa macam kepala diikat kuat-kuat. Tapi yang jarang disebut, sakit kepala cervicogenic ni lain.

Bahasa mudah untuk kita fahami cervicogenic ni adalah pening disebabkan leher. Punca kat leher, tapi rasa kat kepala. Jadi ramai yang tersalah anggap, ingatkan migrain, ingatkan penat biasa. Akhirnya, salah rawatan.

 

Bila Ubat Bukan Lagi Penyelamat

Cerita tipikal pesakit sakit kepala:

  1. Mula dengan panadol. Ok sekejap.
  2. Lama-lahan, panadol tak jalan. Naik voltaren.
  3. Voltaren dah tak power. Jumpa doktor, dapat ubat kuat.
  4. Ubat kuat jalan sekejap. Lepas tu sakit datang balik.

 

Pernah tak rasa macam ni?

Masalahnya, ubat hanya tahan sakit sementara. Dia macam padam api, tapi tak buang punca api tu. Selagi punca tak dirawat, sakit akan datang balik. Doktor panggil ni rebound headache – sakit kepala sebab terlebih ubat. Rugi kan?

 

Tanda-Tanda Sakit Kepala Anda Datang Dari Leher

Macam mana nak kenal pasti? Cuba check senarai ni:

  1. Sakit Bermula Dari Tengkuk
    Rasa macam ada yang tarik dari belakang leher naik ke kepala. Bukan tiba-tiba kepala terus pusing.
  2. Sebelah Je Yang Sakit
    Kebiasaannya sakit di sebelah kepala je. Macam migrain, tapi ada beza sikit – leher terasa sangat tegang.
  3. Gerak Leher, Lagi Sakit
    Cuba pusing leher perlahan-lahan. Sakit kepala makin teruk? Itu petanda kuat!
  4. Lama Tengok Skrin, Terus Rasa
    Lepas sejam dua main telefon ke, kerja depan laptop ke, kepala mula berdenyut. Ini tanda leher dah penat menampung berat kepala.
  5. Ubat Tak Selesaikan Masalah
    Makan dah macam-macam ubat, tapi sakit tak pernah betul-betul hilang. Datang lagi, datang lagi.

 

Bunyi macam pengalaman sendiri? Mungkin inilah masanya kita tengok leher sebagai suspek utama.

 

Kenapa Leher Boleh Jadi Punca?

Dalam leher kita ada saraf tunjang yang bersambung terus ke otak. Saraf ni lalu celah-celah tulang belakang leher.

Bila tulang leher tak berada di tempat asal, yang berkemungkinan sebab postur kita bongkok, duduk lama, atau pernah kemalangan, dia akan menyebabkan tekanan pada saraf.

Tekanan ni hantar isyarat sakit ke otak. Tapi otak kita keliru. “Eh, aku rasa sakit kat kepala ni. Mesti kepala aku ada masalah.” Sedangkan, isyarat tu sebenarnya datang dari leher yang bermasalah.

Dalam bahasa mudah: Leher yang sakit, tapi kepala yang kena.

 

Bila Perlu Jumpa Pakar?

Jangan tunggu sampai sakit kepala jadi setiap hari. Jumpa pakar kalau:

  • Dah makan ubat hari – hari tapi sakit tak surut.
  • Sakit datang lebih 3 kali seminggu.
  • Doktor cakap semua ok, darah normal, scan kepala ok, tapi sakit masih ada.

 

Bila semua dah check ok, mungkin punca bukan dekat kepala. Mungkin dah sampai masa tengok pilihan rawatan lain.

 

Macam Mana Kiropraktik & Fisioterapi Bantu?

Ramai tertanya, kiropraktik dengan fisioterapi ni apa bezanya? Yang mana satu sesuai?

Dua-duanya rawatan profesional, bukan sekadar urut biasa. Dua-dua rawat punca sakit kepala cervicogenic ni, cuma cara dia berbeza.

 

Kiropraktik: Fokus Pada Tulang

  • Kiropraktor akan cari sendi leher yang beralih atau tersekat
  • Dengan teknik lembut (bukan patah-patah!), tulang dipulangkan ke kedudukan asal
  • Bila tulang dah betul, tekanan pada saraf hilang
  • Sakit kepala reda dengan sendiri

 

Fisioterapi: Fokus Pada Otot

  • Ajar senaman kuatkan otot leher yang lemah
  • Regangkan otot yang tegang
  • Betulkan postur duduk dan kerja harian
  • Bila otot sokong tulang dengan baik, masalah tak berulang

 

Dua-dua Sama-sama Penting

Bayangkan macam ni:

  • Kiropraktik betulkan kedudukan tulang (punca sebenar)
  • Fisioterapi pastikan otot sokong tulang tu elok (elak berulang)

 

Jalan seiring. Saling lengkap.

Sakit kepala bukan benda kecil. Ia boleh jejak kerja, keluarga, dan kualiti hidup.

Jom dapatkan rawatan di TAGS. Pasukan kiropraktik dan fisioterapi profesional kami sedia bantu.

👉 Jom tempah slot dengan kami dan dapatkan rawatan sakit kepala sekarang! 

📲 Chat with us on WhatsApp: Click here to start a conversation.
Fast response. No obligation. 

 

Share:
More Posts

Not Sure Where to Start? Chat with a Specialist Now!