FISIOTERAPI BUKAN URUT BIASA

Author:

Fisioterapi vs Urut: Bukan Main Urut Saja, Ini Bezanya!

 

Pernah tak anda dengar orang kata, “Oh, fisioterapi? Urut-urut je kan?”. Kalau ada, jom kita sama-sama perbetulkan persepsi ni. Ya, memang nampak apa yang fisioterapi buat adalah seperti mengurut, tapi percayalah, apa yang berlaku di sebalik sentuhan itu jauh lebih kompleks dan saintifik daripada sekadar urut.

 

Urut vs Fisioterapi. Bukan Sama Je Ke?

Kenapa ramai yang kaitkan fisio dengan urut? Mudah saja kedua-duanya melibatkan sentuhan tangan dan pergerakan yang sama iaitu mengurut. Tapi, di sinilah titik perbezaannya bermula.

Seorang ahli fisioterapi bukan sekadar tukang urut. 

Apa yang membezakan fisio dan tukang urut?

 

Aspek Perbandingan

Ahli Fisioterapi (Fisio)

Tukang Urut

Kelayakan & Pengiktirafan Mempunyai sijil/degree profesional dan berdaftar dengan Lembaga Fisioterapi (CPTFM). Tidak memerlukan pensijilan wajib atau pendaftaran di bawah badan
Asas Ilmu Pengetahuan Belajar anatomi, fisiologi & patologi tubuh manusia secara mendalam Pengetahuan biasanya berdasarkan pengalaman, tradisi atau kursus
Pendekatan Rawatan Ada konsultasi & penilaian sebelum rawatan untuk diagnosis. Rawatan biasanya diberikan berdasarkan aduan umum (contoh: “tegang bahu”) 
Skop & Matlamat Merawat & memulih fungsi selepas kecederaan, pembedahan atau sakit. Untuk relaksasi dan melegakan ketegangan otot umum.
Alat & Teknologi Menggunakan alat teknologi (elektroterapi, ultrasound) dan senaman. Hanya gunakan tangan dan mungkin minyak urut atau batu panas.

 

Jadi, apa bezanya?

  • Tujuan: Fisioterapi bertujuan untuk merawat, memulih, dan mengoptimumkan fungsi fizikal selepas kecederaan, pembedahan, atau akibat penyakit. Urut lazimnya untuk relaksasi dan melegakan ketegangan umum.
  • Pendekatan: Fisioterapi menggunakan pelbagai teknik berasaskan bukti klinikal, bukan hanya ikut ‘rasa’ tangan.

 

Apa Tu Fisioterapi? (Dengan Bahasa Mudah)

Ringkasnya, fisioterapi adalah bidang profesional kesihatan yang memberi tumpuan untuk memulihkan, mengekalkan, dan memaksimumkan pergerakan serta keupayaan fungsi badan kita. Fisio mencapai matlamat ini dengan menggunakan kaedah fizikal seperti senaman khusus, teknik terapi tangan, Myofascial Release, dan juga peralatan terapi seperti DTS, Shockwave, Ultrasound, IFC, dan lain – lain.

Ramai orang keliru antara fisioterapi dan urutan biasa kerana teknik seperti Myofascial Release yang dilihat seperti mengurut. Walau bagaimanapun, dalam dunia fisioterapi, kami tidak mengklasifikasikannya sebagai “urut”. Ia adalah satu teknik terapi manual yang spesifik dan berasaskan sains.

 

Sama Je Kan? Nampak Macam Mengurut Je?

Inilah mitos paling besar! Fisioterapi bukan sekadar menekan tempat yang sakit. Contoh terbaik ialah teknik Myofascial Release.

 

Apa itu Myofascial Release?

Ia adalah teknik terapi manual yang spesifik. ‘Myo’ bermaksud otot, dan ‘fascial’ merujuk kepada fascia, lapisan seperti yang menyelaputi setiap otot, tulang, dan organ dalam badan anda. Bila fascia ini menjadi ketat atau melekat, ia boleh menyebabkan kesakitan dan kekurangan pergerakan.

Rawatan Myofascial Release melibatkan tekanan lembut dan berpanjangan untuk ‘melepaskan’ ketegangan pada fascia ini, memulihkan kelonggaran dan fungsi tisu. Ini berbeza dengan urutan tradisional yang lebih fokus pada otot secara langsung.

Fungsi utama? Memulihkan darjah pergerakan (Range of Motion/ROM).
ROM ialah ukuran sejauh mana sendi anda boleh bergerak/membengkok. Selepas kecederaan atau pembedahan, ROM akan menjadi terhad. Teknik seperti myofascial release, bertujuan untuk mengembalikan ROM anda secara selamat dan berperingkat.ja.

 

Rawatan Fisio Bukan Pakai ‘Feeling’:
Ada Assessment & Diagnosis yang Teliti

Sebelum sesi rawatan, anda akan melalui proses konsultasi dan penilaian (assessment). Ahli fisioterapi akan:

  • Bertanya tentang sejarah kesakitan anda (apa pencetus, berapa lama, apa yang memburukkan/membaikkan).
  • Melakukan ujian fizikal khusus (contohnya, ujian kekuatan otot, ujian saraf, periksa postur dan cara jalan).
  • Memerlukan penelitian dokumen perubatan seperti X-ray atau MRI jika ada, untuk memahami struktur dalaman yang terlibat.

 

Dengan maklumat ini, barulah mereka boleh membuat diagnosis dan merangka pelan rawatan yang personal untuk anda. Setiap sentuhan dan senaman yang diberikan ada tujuannya yang spesifik.

 

Alat-Alat Canggih Fisioterapi yang Ramai Tak Tahu

Selain menggunakan tangan, fisioterapi turut dilengkapi dengan alatan yang mempercepatkan pemulihan dengan lebih efektif. Alatan ini bukan seperti minyak urut.

Antara alatan yang digunakan oleh fisioterapi di TAGS:

  • Electrotherapy: TENS (Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation), Shockwave, Ultrasound, IFC (Interferential Current). 
  • Spine Decompression Therapy (DTS): Menarik tulang belakang dengan lembut dan terkawal, bagi melegakan tekanan pada saraf yang tersepit (seperti dalam kes ‘slipped disc’.
  • DAVID Solution: Mesin yang mengukur kekuatan, ketahanan, dan kawalan otot dengan tepat.
  • Hydrotherapy (Terapi Air): Senaman di dalam kolam. Daya apungan air mengurangkan tekanan pada sendi, membolehkan latihan dilakukan dengan lebih awal dan selamat.
  • Rebee Remote Rehab: Rehabilitasi digital yang membolehkan pesakit menjalani sesi fisioterapi secara berkesan dari rumah atau di mana-mana sahaja
  • Dry Needling: Teknik di mana jarum halus (seperti akupunktur) dicucuk ke dalam “trigger point” otot untuk melegakan kesakitan dan kekejangan.
  • Power Plate: Pemulihan berasaskan getaran (Whole Body Vibration – WBV) yang digunakan untuk meningkatkan kekuatan, keseimbangan, dan peredaran darah dengan lebih pantas dan efektif.

 

Kesimpulan ringkas Urut VS Fisioterapi

  • Urut: Untuk relaksasi dan melegakan ketegangan otot sementara.
  • Fisioterapi: Merawat punca kecederaan dan pemulihan fungsi badan.

 

Memilih antara urut dan fisioterapi bergantung pada keperluan anda. Jika badan anda hanya perlu berehat dan kelegaan seketika, urut adalah pilihan yang baik. Namun, jika anda mengalami sakit spesifik, kecederaan, atau kehilangan fungsi yang menjejaskan kualiti hidup, maka fisioterapi adalah pilihan yang tepat.

 

Anda memerlukan fisioterapi terbaik di Malaysia?

👉 Jom tempah slot dengan kami dan mulakan rawatan anda! 

📲 Chat with us on WhatsApp: Click here to start a conversation.
Fast response. No obligation. 

Share:
More Posts

Not Sure Where to Start? Chat with a Specialist Now!