Bunyi crack tu dari mana?

Author:

BUNYI CRACK-CRACK TU DARI MANA SEBENARNYA?
JOM BACA PENJELASAN CHIRO.

Setiap hari lepas duduk depan laptop mesti korang pernah crack badan korang sendiri kan? Korang twist kan badan atau leher korang sampai bunyi crack!

Pernah tak korang terfikir bunyi crack tu datang dari mana? Tulang patah ke atau sendi yang patah?

 

Bunyi crack sebab tulang patah? Mitos paling banyak orang percaya

Betul ke tulang kita patah bila bunyi “crack” tu?
Jawapan terus-terang: Tidak!

Sebenarnya, bunyi tu datang daripada sendi. Bayangkan sendi korang macam penutup marker pen, bila dibuka, mesti ada bunyi “pop”. Sendi kita pun lebih kurang macam tu, tapi bunyi ‘pop’ itu datang daripada gas dalam sendi, bukan daripada tulang yang patah.

 

Buih Gas Dalam Sendi: Proses Cavitation

Sebenarnya bunyi pop tu datang dari buih gas dalam sendi kita.

Sendi? Apa tu sendi? Sendi atau bahasa orang putihnya joint, dia macam “engsel pintu” kat badan kita. Dia lah tempat di mana dua tulang bertemu dan bersambung untuk kita boleh gerak.

Dalam “sendi” ni, ada bendalir khas namanya synovial fluid. Fungsi dia macam minyak pelincir untuk tulang kita tidak bergesel sesama sendiri. Di dalam sinovial fluid inilah terhasilnya buih-buih gas yang berbunyi “pop” apabila kita crack sendi. Ini yang dipanggil sebagai proses cavitation

  • Kenapa Ada Buih Gas Dalam Sendi? Dalam bendalir di sendi kita ada gas terlarut macam nitrogen. Bendalir ada sebagai sebahagian daripada cecair sendi yang sihat.
  • Apa Itu Cavitation? Bila korang pusing atau tarik sendi ke satu posisi tertentu, korang buka ruang dalam kapsul sendi tu. Secara tidak langsung terbentuknya buih gas dalam sendi. Bunyi crack atau pop yang korang dengar tu sebenarnya bunyi buih gas tu pecah.

 

Buih gas dan bendalir ini adalah bantal penyerap kejutan dan pelincir semulajadi untuk sendi kita bergerak dengan lancar.

 

Kenapa Lepas ‘Crack’ Badan Rasa Lega?

Punca kenapa ramai yang ketagih ‘crack’ sendi sendiri

Apa yang berlaku lepas crack? Lepas buih gas tu pecah, sendi korang ada lebih range of motion sikit. Otot dan ligamen sekeliling yang ketat akan menjadi regang sedikit.

Sebab kenapa akan rasa lega lepas ‘crack’:

  • Bila kita crack sendi, regangan yang berlaku membantu melepaskan ketegangan pada otot dan ligamen di sekelilingnya.
  • Pergerakan yang menghasilkan bunyi “crack” itu merangsang saraf deria, lalu otak kita melepaskan sedikit hormon endorfin (hormon rasa seronok/gembira).

 

Tapi HATI-HATI:
Kelegaan ni selalunya sementara sahaja (dalam 15-30 minit). Jika tak boleh crack, jangan paksa dan sekiranya cracking itu menyebabkan sakit, itu tanda anda perlu berjumpa pakar!

 

Bahaya Bunyi ‘Crack-Crack’ Pada Badan & Leher

Tahu tak, sebenarnya bahaya apabila kita crack sendiri?

Bahaya terutama sekali jika kita paksa crack leher. Leher kita mengandungi saraf tunjang, pembuluh darah utama ke otak, dan strukturnya sangat kompleks.

Jika kita paksa twist atau crack dengan cara yang salah hanya untuk dapatkan bunyi “crack”, risikonya tinggi dan boleh membahayakan.

Risiko crack tulang sendiri:

  • Overstretch ligamen (tisu penyambung).
  • Menyebabkan kebas atau sakit pada saraf.
  • Mengganggu aliran darah.

 

Kalau sendi korang bunyi crack setiap 15 minit, itu mungkin tanda sendi terlalu longgar (hypermobile). Ligamen dah tak ketat, sendi bergerak lebih dari patut. Lama-lama boleh menjadikan sendi haus dan lusuh.

 

Bila ‘Crack’ Korang Mula Terasa Sakit – Masa Untuk Jumpa Chiro!

Ini dia signal penting dari badan korang. Kalau dapat simptom ni, dah tiba masanya cari bantuan profesional:

  • Bunyi crack tu diikuti dengan rasa sakit, berdenyut, atau kebas.
  • Lepas crack leher, rasa sakit sampai ke bahu atau tangan.
  • Sendi kaku dan sakit, TAPI tak boleh nak ‘crack’kan dia.
  • Sendi dah bengkak atau merah.

 

Masa Untuk Berjumpa Chiropractor (Chiro): Chiro bukan sekadar “tukang crack belakang.” Mereka pakar dalam sistem muskuloskeletal (tulang, otot, sendi & saraf).

Bila korang jumpa chiro, mereka akan:

  • Buat pemeriksaan lengkap untuk cari punca sakit
  • Gunakan teknik adjustment/tarikan yang spesifik, terkawal dan low-force, untuk betulkan kedudukan sendi yang ‘tersekat’ (subluxation).
  • Matlamat mereka adalah untuk pulihkan fungsi, kurangkan sakit, dan bagi badan korang sembuh dengan lebih baik, bukan sekadar bagi bunyi crack.

 

Kesimpulannya, bunyi crack sekali sekala tanpa sakit? Tu mungkin biasa. Tapi kalau dah jadi kebiasaan, kena paksa, apatah lagi kalau ada sakit, jangan ambil mudah.
Kadang-kadang, kelegaan yang sebenar datangnya dari rawatan yang tepat, bukan dari bunyi crack kita sendiri. Dengar bunyinya, tapi jangan lupa dengar mesej dari badan korang!

 

Crack korang dah mula terasa sakit?
👉 Jom tempah slot dengan kami dan dapatkan balik kelegaaan pada sendi korang!
📲 Chat with us on WhatsApp: Click here to start a conversation.
Fast response. No obligation. 

Share:
More Posts

Not Sure Where to Start? Chat with a Specialist Now!