RISIKO SLIP DISC DI KALANGAN RIDER FOOD DELIVERY

Author:

RISIKO SLIP DISC DI KALANGAN RIDER FOOD DELIVERY 

 

Adakah anda seorang rider makanan, atau mungkin anda kenali rakan rider yang kerap mengadu sakit belakang? artikel ini adalah untuk anda. Kebelakangan ni, kami perhatikan ramai patient yang datang untuk rawatan slip disc adalah dari kalangan rider makanan. Kenapa ya? 

Jom kita selami punca, tanda-tanda, dan yang paling penting cara elak slip disc sebelum menjadi lebih teruk.

 

Kenapa Food Rider Senang Kena Slip Disc

Pekerjaan ini sebenarnya meletakkan tulang belakang anda dalam keadaan ‘stress’ yang berterusan. 

  1. Duduk lama atas motosikal 
  2. Jalan yang berbonggol dan berlubang 
  3. Hentakan pada tulang belakang sewaktu menunggang.

 

Duduk Lama + Jalan Bumpy: Penyebab No.1 Tulang Belakang Sakit

Bayangkan: 8-12 jam sehari, anda duduk dalam posisi yang hampir sama, sementara tulang belakang anda bertindak sebagai ‘shock absorber’ untuk setiap lubang dan bonggol di jalan raya. Setiap hentakan itu secara perlahan-lahan memberi tekanan pada cakera tulang belakang (spinal discs). Lama-kelamaan, cakera ini boleh menonjol (slipped) dan menekan saraf. Inilah yang dipanggil slip disc.

Kesannya? Sakit belakang yang mungkin mula sebagai lenguh biasa, tapi boleh berkembang sehingga menyebabkan sakit mencucuk, kebas, atau rasa lemah sampai ke kaki. Bawa motor punca sakit belakang yang serius jika diabaikan.

 

“Alamak, Saya Nak Kena Ke?” Kenali Tanda-Tanda Slip Disc

Jangan tunggu sampai tak boleh bangun dari katil baru nak kelam kabut. Tanda-tanda awal slip disc biasanya boleh dikesan dengan senang.

Simptomnya termasuk:

  • Sakit belakang yang tajam seperti dicucuk, terutama bila duduk lama atau membongkok.
  • Sakit yang menjalar ke punggung, peha, atau betis (sciatica).
  • Rasa kebas, semut-semut, atau kelemahan pada kaki.
  • Sakit bertambah bila batuk, bersin, atau meneran.
  • Susah untuk berdiri atau berjalan lama.

 

Sekiranya ada simptom ni, jangan biar sahaja. Anda perlukan pemeriksaan segera, sebelum terlambat.

 

Food Rider Banyak Selalu Kena? Ini Cara Nak Elak Slip Disc!

Nasib tidak semestinya menentukan. Slip disc boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risikonya.

Mulakan dengan perubahan kecil:

  1. Postur Duduk: Pastikan postur anda tegak. Elak membongkok ke depan handle terlalu lama.
  2. Angkat Barang: Bila angkat makanan atau barang berat, jangan bongkok dari pinggang. Bengkok lutut dan angkat dengan menggunakan kekuatan kaki.
  3. Rehat: Setiap 1-2 jam, berhenti sekejap. Turun dari motor, regangkan badan, berjalan sedikit. 
  4. Latihan Core Muscle (Otot Teras): Otot perut dan belakang yang kuat adalah ‘bengkung semulajadi’ yang terbaik. Luangkan masa 10 minit sehari untuk senaman otot teras.

 

Rawatan Awal & Pemulihan: Jangan Biar Sampai Perlu Pembedahan!

Jika anda sudah ada simptom, jangan panik. Rawatan slip disc tanpa pembedahan adalah pilihan pertama dan sangat berkesan bagi kebanyakan kes. Di TAGS Chiropractic & Rehabilitation, kami menggunakan pendekatan Kiropraktik dan Fisioterapi yang selamat dan tepat.

Mengapa memilih TAGS untuk merawat Slip Disc?

  • Ahli Kiropraktik dan Fisioterapi yang berdaftar
  • Teknologi Electro Terapi yang membantu merawat slip disc
  • Penggunaan (DTS) spinal decompression therapy, yang merenggangkan tulang belakang dengan selamat
  • Cuma perlukan 3 sesi untuk nampak perubahan
  • Mendidik pesakit tentang postur, teknik angkat barang yang betul, dan senaman khas

 

Prinsip kami mudah: “Rawat penyebabnya, bukan sekadar simptom.” Dengan rawatan konservatif yang betul, majoriti pesakit boleh pulih tanpa perlu pembedahan.

 

Kesimpulan

Sebagai rider makanan, korang ni hero yang sentiasa berkhidmat untuk masyarakat.
Dari pagi sampai malam, tetap berjuang menghantar makanan. Tapi jangan lupa, badan kita pun kena jaga, sama macam motor yang kena servis.

Slip disc bukan perkara kecil. Dengar apa badan cuba cakap. Ambil langkah awal, jangan tunggu lama.Kalau ada tanda-tanda seperti yang diceritakan di atas, cepat-cepat bertindak.

Anda rasa anda ada simptom slip disc?

👉 Jom tempah slot dengan kami dan mulakan rawatan slip disc anda! 

📲 Chat with us on WhatsApp: Click here to start a conversation.
Fast response. No obligation. 

 

Share:
More Posts

Not Sure Where to Start? Chat with a Specialist Now!