MACAM MANA NAK DETECT ACL KITA TERKOYAK?

Author:

MACAM MANA NAK DETECT ACL KITA TERKOYAK?
7 TANDA DAN SIMPTOM YANG ANDA TIDAK PATUT ABAIKAN.


Korang tengah shok main bola, pusing badan laju nak gelecek bola, tiba-tiba… pop! Lepas tu lutut rasa longgar, tak stabil dan macam nak tercabut kalau pijak. Itu dia, ACL koyak. Pernah dengar cerita macam ni? Atau mungkin anda sendiri pernah mengalaminya? 

Anda mungkin salah seorang yang mengalami kecederaan ACL, salah satu kecederaan lutut yang paling ‘popular’ tapi paling ditakuti. Sejauh mana kita faham tentang kederaan ACL? Jom kita terokai dari A hingga Z, dengan fakta dan cara rawatan terkini.

 

Apa Itu ACL & Kenapa ACL ‘Senang Sangat’ Koyak?

ACL, atau nama panjangnya ‘Anterior Cruciate Ligament’, adalah ligamen utama di dalam sendi lutut yang berfungsi seperti tali pinggang keselamatan bagi lutut. Ia menstabilkan pergerakan, terutama ketika anda berputar, berhenti mengejut, atau melompat. Persoalannya, kenapa ia seolah-olah ‘senang sangat’ koyak berbanding ligamen lain?

Jawapannya terletak pada anatomi dan gaya hidup. ACL adalah struktur yang kuat, tetapi ia diregangkan maksimum ketika pergerakan berputar secara tiba-tiba sewaktu kaki terpaku ke tanah. Bayangkan badan anda berpusing laju, tetapi tapak kasut futsal anda melekat padat di lantai, jadi ACL lah yang menanggung tekanan itu. 

Faktor seperti kekuatan otot yang tidak seimbang, teknik pergerakan yang kurang baik, dan kurang pemanasan juga menyumbang kepada ‘kerapuhan’ ini.

 

Sukan Paling “Popular” Sebabkan ACL Koyak

Tahukah anda, bola sepak & futsal Punca Utama ACL Koyak? 

Kajian dari Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM menunjukkan sukan bola sepak dan futsal adalah penyebab utama kecederaan ACL di kalangan lelaki Malaysia, mewakili lebih 60% kes kecederaan ligamen lutut yang dilaporkan.

Bola sepak & futsal sering dipersalahkan sebagai ‘raja’ penyebab ACL koyak. Benarkah? Kombinasi lantai dan padang yang memberikan geseran tinggi, pergerakan berputar dan berhenti mengejut, serta intensiti permainan yang laju menjadikannya medan berisiko tinggi.

 

Punca sebenar kecederaan ACL adalah:

  • Pergerakan pusingan badan mengejut ketika kaki masih terpaku menyebabkan lutut berputar ketika kaki tak bergerak dan memberi tekanan yang sangat tinggi pada ACL.
  • Terjatuh atau melompat dan mendarat dengan posisi lutut yang sala: lutut dalam keadaan tidak stabil seperti terkehel atau berpusing tidak normal.

 

Sebenarnya, bukan bola sepak atau futsal sahaja, sukan seperti, netball, bola jaring, bola keranjang juga penyumbang besar. Mana – mana sukan yang melibatkan ‘twisting’ atau ‘rotation’ pada lutut adalah risiko bagi kecederaan ACL.

 

Bunyi ‘Pop’ Pada Lutut: Mitos atau Fakta?

Ramai yang bertanya, “Betul ke waktu ACL koyak akan dengar bunyi ‘pop’?”

Jawapannya: Ini adalah fakta. Ramai pesakit kami melaporkan mereka mendengar atau merasa bunyi seperti “pop,” “snap,” atau “letupan” di dalam lutut ketika kecederaan berlaku. Dalam kebanyakan kes, bunyi itu menjadi petanda ligamen telah koyak atau putus sepenuhnya. Jadi, jika anda pernah mengalaminya, anda bukan sedang berkhayal itu adalah isyarat bahawa ACL anda sedang meminta pertolongan.

 

Simptom Jelas Dalam 24 Jam Pertama Selepas Kecederaan

Kecederaan ACL tidak boleh dipandang ringan. 

Dalam masa 24 jam pertama, tubuh anda akan memberikan isyarat jelas:

  1. Lutut membengkak dengan pantas (hematrosis): Bengkak ini terjadi dalam masa 2-3 jam selepas kecederaan akibat pendarahan dalam sendi. Lutut akan kelihatan seperti ‘bola’.
  2. Rasa lutut longgar & tak stabil untuk dipijak: Korang akan rasa seperti lutut ‘terkeluar’ atau tidak boleh menampung berat badan.
  3. Sakit tajam dan pergerakan terhad: Sakit yang tajam dan susah untuk meluruskan atau membengkokkan lutut sepenuhnya.

 

Jika anda mengalami simptom ini, jangan tunggu ia reda sendiri. Tindakan segera adalah kunci.

Masih ragu – ragu sama ada ACL and koyak?

Cara Check ACL Koyak atau Putus (Ujian Awal)

Sebelum ke hospital, anda boleh cuba lakukan ujian mudah ini:

  • Ujian duduk/berjalan: Cuba duduk dengan lutut dibengkokkan 90 darjah, kemudian berdiri dan berjalan.
  • Perhatikan bengkak dan rasa sakit ketika memijak.
    • Adakah anda rasa lutut seperti ‘tergelincir’ atau tak stabil? 
    • Adakah sukar untuk menukar arah tanpa rasa sakit?

 

Ingat: Ujian ini hanya sebagai panduan awal. Diagnosis tepat hanya boleh dibuat oleh pakar.

 

Rawatan ACL Koyak/Putus Tanpa Pembedahan

Ramai yang beranggapan ACL koyak mesti dibedah, dan ini membuatkan pesakit takut dan taknak mendapatkan rawatan. Hakikatnya, rawatan ACL tanpa pembedahan adalah satu pilihan yang realistik untuk sesetengah kes, terutamanya jika kecederaan adalah separa atau bagi individu yang kurang aktif secara fizikal.

Di TAGS Physio, pendekatan rawatan konservatif (tanpa bedah) melibatkan:

  • Mengawal bengkak dan sakit dengan terapi ais, kompresi, dan elevasi.
  • Pemulihan Awal: Memulihkan darjah pergerakan/bengkok lutut 
  • Pengukuhan Otot: Program latihan khusus untuk mengukuhkan otot di sekeliling lutut (hamstring, quadriceps) sebagai ‘penstabil semula jadi’.
  • Latihan Neuromuskular: Meningkatkan kawalan, keseimbangan, dan koordinasi untuk mengelakkan kecederaan berulang.

 

Kepentingan Jumpa Pakar Dengan Segera

Langkah paling kritikal selepas kecederaan adalah jumpa pakar dengan segera. Diagnosis tepat melalui pemeriksaan fizikal dan pengimejan seperti MRI adalah mustahak untuk menentukan tahap kecederaan dan pelan rawatan terbaik. Jangan hanya bergantung pada nasihat rakan atau Google. Setiap lutut dan setiap kecederaan adalah unik.

 

Rawatan ACL di TAGS Physio: Gabungan Teknologi & Program Personal

Di TAGS Chiropractic & Rehabilitation, rawatan ACL yang koyak atau putus diberikan secara komprehensif dengan menggunakan pendekatan moden yang menggabungkan fisioterapi dan teknik kiropraktik untuk pemulihan menyeluruh. 

Setiap pesakit akan melalui program rawatan yang dirancang secara individu, kerana setiap lutut dan tahap kecederaan adalah berbeza.

 

Antara kaedah rawatan yang digunakan termasuk:

  1. Gabungan rawatan fisioterapi dan kiropraktik: Memulihkan fungsi sendi, memperbaiki kedudukan biomekanik badan, dan mengurangkan tekanan pada lutut yang cedera.
  2. Mesin elektro-terapi canggih seperti Shockwave Therapy, IFC Therapy, dan Ultrasound Therapy: Mengurangkan bengkak, mempercepatkan penyembuhan tisu, dan mengawal kesakitan tanpa ubatan.
  3. Mesin Gegaran ‘Power Plate’: Membantu meningkatkan kekuatan otot, kestabilan sendi, dan aliran darah di sekeliling lutut dengan lebih pantas dan selamat.
  4. Penggunaan ‘Knee Braces’ (pendakap lutut): Memberikan sokongan tambahan, mengawal pergerakan, dan melindungi lutut semasa proses pemulihan yang aktif.
  5. Program Senaman Khas Individu: Setiap pesakit akan diberikan latihan yang disesuaikan dengan keperluan, tahap kecederaan, dan tujuan pemulihan masing-masing. Tiada program yang sama untuk semua, kerana setiap pesakit adalah unik.

 

Rawatan di TAGS bukan sahaja bertujuan untuk memulihkan ACL, tetapi juga untuk menguatkan otot sekeliling lutut, meningkatkan kawalan neuromuskular, dan mengurangkan risiko kecederaan berulang. Pendekatan holistik ini memastikan pesakit boleh kembali aktif dengan yakin dan selamat.

 

Anda ada masalah kecederaan ACL?

👉 Jom tempah slot dengan kami dan mulakan rawatan anda! 

📲 Chat with us on WhatsApp: Click here to start a conversation.
Fast response. No obligation. 

Share:
More Posts
FISIOTERAPI BUKAN URUT BIASA

FISIOTERAPI BUKAN URUT BIASA

Fisioterapi vs Urut: Bukan Main Urut Saja, Ini Bezanya!   Pernah tak anda dengar orang kata, “Oh, fisioterapi? Urut-urut je

Not Sure Where to Start? Chat with a Specialist Now!