Masalah Zaman Moden: Handphone Penyebab No.1 Tulang Belakang Bongkok
Pernah tak anda tersedar, tengah syok scroll FYP, tiba-tiba leher terasa kaku? Atau mungkin anda bangun pagi, tengkuk terasa bagai dipukul orang?
Jika ya, tahniah! Anda mungkin sedang mengalami apa kita gelar “Penyakit Modern.” Ya, di era digital ni, virus bukan saja datang dari persekitaran, tapi juga dari tabiat kita sendiri. Handphone secara senyap-senyap telah menjadi Penyebab No.1 Tulang Belakang Bongkok dalam kalangan generasi muda hari ini.
Tabik spring untuk anda yang sedang membaca artikel ini sambil menunduk! Kerana mungkin inilah saatnya anda perlu tahu tentang satu wabak senyap yang sedang melanda, dikenali sebagai Text Neck Syndrome: sakit leher akibat handphone atau teknologi.
Jom kita bongkar rahsia kenapa postur badan anda mula bongkok dan apakah rawatan sakit leher yang sesuai.
Apa Jadi Pada Leher Bila Tengok Handphone?
Cuba buat eksperimen mudah. Letak telefon di atas riba, kemudian tundukkan kepala untuk melihat skrin. Rasa macam mana? Itulah dia!
Setiap kali kepala kita menunduk, graviti mula menjadi lebih berat. Setiap inci kepala yang menunduk akan menggandakan beban pada tulang belakang. Berat normal kepala manusia dewasa adalah sekitar 4.5kg hingga 5.5kg. Tekanan berat ini akan meningkat sewaktu kita menunduk. Contohnya ketika kita menunduk 60 darjah, tekanan pada tulang leher boleh mencecah sehingga 27kg!
27kg tu macam mana rasanya? Ibarat kita memikul seorang budak kecil berumur 6 tahun yang duduk di atas bahu kita setiap kali kita main handphone. Tak percaya? Cuba pikul anak sedara awak 5 minit je. Pasti akan terasa sampai ke esok hari!
Fenomena inilah yang digelar “Text Neck”. Ia bukan lagi masalah orang tua, tapi wabak popular di kalangan orang muda.
Risiko Penggunaan Handphone Pada Leher: Kesan Domino Yang Berbahaya
Apabila kita asyik menunduk, kita bukan sahaja merosakkan postur leher, malah mencetuskan satu kesan domino yang dahsyat. Leher adalah sambungan utama kepada tulang belakang. Apabila kedudukan leher berubah dari posisi asal, seluruh rangkaian tulang belakang di bawahnya akan turut berubah.
Bahu akan ikut tertarik ke depan, tulang belakang akan melengkung secara tidak normal untuk mengimbangi badan. Akibatnya, postur badan kita rosak. Bahu bongkok kedepan, dada tertutup, dan badan nampak bongkok walaupun umur masih muda.
Lama-kelamaan, ini bukan lagi masalah postur badan, tapi mula menyebabkan masalah lain seperti sakit belakang, sukar bernafas, dan kepala sering pening.
Akibat bila postur tengkuk dah teruk:
- Sakit belakang: Bukan leher je yang merana, belakang turut sama menanggung beban.
- Cepat letih dan lesu: Badan kena bekerja lebih keras untuk tampung postur yang salah.
- Sukar nak fokus: Ketegangan pada leher boleh ganggu tumpuan, kerja pun jadi lambat siap.
- Bahu rasa macam dipikul batu: Rasa berat dan tegang sampai susah nak relaks.
- Kualiti tidur jadi teruk: Susah dapat posisi selesa, bangun pagi pun tak rasa segar.
Tanda Awal Tulang Belakang Dah Mula Meragam
Perhatikan tanda-tanda awal ini:
- Sakit tengkuk waktu pagi: Bangun tidur, rasa tak sedap macam tidur atas batu.
- Bunyi “Crack” bila pusing leher: Bila pusing tengok belakang, bunyi pop pada leher
- Bahu rasa berat atau tegang: Bahu selalu atau cepat rasa lenguh dan keras.
- Kerap Sakit Kepala: Terutama sakit yang bermula dari belakang kepala sehingga ke dahi.
Jika anda mengalami semua masalah di atas, anda mungkin sedang menghidapi simptom awal Text Neck.
Cara Selamat Guna Handphone Tanpa Memberi Kesan Pada Leher
Sebelum terlambat jom amalkan 4 tips mudah ini:
- Angkat Handphone Paras Mata!
- Ini golden rule. Daripada tundukkan kepala, angkat telefon ke paras mata. Dengan cara ini, beban pada leher berkurang secara drastik.
- Rehat Setiap 30 Minit.
- Walaupun bunyi tidak begitu realistik, tapi cuba setiap setengah jam, regang, rehat, rileks. 3 minit je, leher pun lega.
- Senaman Ringan
- Bila duduk lama depan skrin, badan perlu juga bergerak. Cukup dengan tarik, regang, dan lepas. Buat beberapa minit, badan terasa lebih segar.
- Regangan Leher Sebelum Tidur.
- Sebelum tidur, luangkan 5 minit untuk regangan leher. regangan ringan buat otot-otot yang tegang kembali lembut. Tidur pun lebih lena, bangun pagi tak rasa lenguh.
Bila Perlu Jumpa Pakar?
Tips pencegahan di atas memang bagus. Tapi kalau dah cuba semua dan masih tak lega, mungkin dah tiba waktu untuk jumpa pakar.
Antara tanda-tanda anda perlu segera berjumpa pakar:
- Sakit tak hilang lebih 2 minggu.
- Kebas sampai ke jari. Ini tanda saraf dah tertekan teruk.
- Sakit kepala makin teruk.
- Sakit belakang yang tak reda.
- Bahu rasa rasa berat dan tegang sampai susah nak relaks.
- Kualiti tidur makin teruk. Susah dapat posisi selesa,
Bila dah sampai tahap ni, maknanya dah sampai masa untuk bagi perhatian serius pada leher dan tulang belakang.
Tapi Nak Jumpa Siapa?
Nak pergi mana? Chiropractic atau fisioterapi? Dua-dua selalu orang sebut, tapi ramai yang keliru apa bezanya.
Mana satukah yang sesuai untuk masalah leher anda? Jom lihat bezanya.
Pilihan Rawatan Untuk Sakit Leher: Kiropraktik & Fisioterapi
- Kiropraktik — Betulkan kedudukan tulang belakang yang ‘lari’ melalui chiropractic adjustment. Sesuai untuk rawatan sakit yang berpunca daripada tulang leher yang tak sejajar.
- Fisioterapi — Kuatkan otot yang lemah dan ajar cara gerak yang betul. Sesuai untuk pemulihan jangka panjang dan elak kecederaan berulang.
Sebenarnya, kedua-duanya boleh saling melengkapi. Kiropraktik baik untuk betulkan kedudukan tulang yang ‘lari’, manakala fisioterapi baik untuk kuatkan otot supaya masalah tak berulang.
Yang penting, dapatkan nasihat profesional untuk tahu rawatan mana yang paling sesuai dengan keadaan anda.
👉 Jom tempah slot dengan kami dan dapatkan balik kelegaaan pada leher korang!
📲 Chat with us on WhatsApp: Click here to start a conversation.
Fast response. No obligation.

