BANGUN PAGI, PIJAK KAKI… TERUS MENJERIT SAKIT!
KENALI PLANTAR FASCIITIS, MUSUH ORANG YANG KERJA BERDIRI LAMA.
Bangun pagi, baru je nak buat langkah pertama dah menjerit… aduh! Sakit mencucuk di tumit seperti ada paku pada tapak kaki. Ramai yang anggap ini perkara biasa atau lenguh kaki sahaja. Tapi kalau dah berulang setiap pagi, tahukah anda, mungkin ini adalah tanda-tanda plantar fasciitis?
Jangan ambil mudah. Mari kita selami punca, rawatan, dan cara elak plantar fasciitis.
Sakit Tumit Pagi Tu Datang Dari Mana? Mungkin Anda Ada ‘Plantar Fasciitis’.
Apa itu plantar fasciitis? Adakah ianya tisu pada kaki?
Secara mudahnya, plantar fasciitis bukanlah nama bagi tisu itu sendiri. Sebaliknya, ia adalah satu kondisi atau keadaan sakit yang disebabkan oleh keradangan (inflammation) pada plantar fascia.
Plantar fascia itu ialah tisu penyambung yang tebal dan seperti tali, yang terletak di sepanjang bahagian bawah kaki, daripada tumit hingga ke jari kaki.
Fungsi utamanya? Menjadi kusyen penyerap hentakan dan penyokong utama yang menampung berat badan kita.
Jadi kenapa tumit saya sakit bila bangun pagi?
Semasa tidur, kaki dalam keadaan relaks dan plantar fascia yang sudah radang itu mengecut dan menjadi tegang. Langkah pertama pagi menyebabkan tisu yang tegang ini diregangkan secara tiba-tiba, menyebabkan rasa sakit mencucuk.
Golongan Paling Berisiko untuk Plantar Fasciitis
Jika anda bekerja sebagai guru, jururawat, pekerja kilang, atau ahli retail yang perlu berdiri lama, anda adalah ‘kumpulan berisiko tinggi’. Tiga faktor utama menjadikan mereka yang kerja berdiri lama paling mudah terkena:
- Berdiri lama tanpa rehat: Tekanan dan hentakan pada tumit yang berulang setiap hari. Plantar fascia sentiasa bekerja tanpa peluang untuk sembuh.
- Pemilihan kasut yang tidak sesuai: Memakai kasut yang rata, tidak menyokong lengkungan kaki (arch support), atau bertapak keras akan menambah tekanan pada plantar fascia.
- Berat badan berlebihan: Tekanan yang tinggi ini mempercepatkan keradangan dan kecederaan pada tisu tersebut.
Gabungan ketiga-tiga faktor inilah yang menyebabkan plantar fasciitis kerap berlaku dalam kalangan pekerja yang banyak berdiri.
Tanda-Tanda Awal Yang Selalu Korang Ignore
Plantar fasciitis tidak muncul secara tiba-tiba. Badan kita sebenarnya telah menghantar beberapa ‘signal’ awal, tetapi kita sering memandang ringan terhadap masalah ni.
- Sakit mencucuk waktu langkah pertama di pagi hari: Ini adalah tanda paling senang untuk detect.
- Sakit tajam di bahagian bawah tumit, kemudian hilang atau berkurang selepas beberapa langkah.
- Sakit datang balik lepas duduk/berdiri lama.
- Sakit juga boleh dirasai setelah melakukan senaman atau di penghujung hari.
Jika tanda-tanda ini berlarutan lebih dari seminggu, inilah masanya untuk anda bertindak. Jangan sekadar bergantung pada ubat tahan sakit dan mengharapkan ia sembuh sendiri.
Rawatan Yang Berkesan, Bukan Sekadar Ubat Tahan Sakit
Rawatan plantar fasciitis yang berkesan bergantung pada konsistensi. Matlamat kita adalah menyembuhkan tisu dari akar umbi, bukan sekadar menahan sakit untuk sementara waktu.
Beberapa cara untuk merawat plantar fasciitis:
- Rehat: Kurangkan aktiviti hentakan kaki seperti lari atau lompat.
- Regangan: Lakukan regangan betis dan plantar fascia setiap pagi SEBELUM bangun dari katil
- Penggunaan Ais Pack: Gulung botol air beku dan letak di bawah kaki, roll selama 10-15 minit untuk kurangkan radang.
- Insole / Orthotics: Penggunaan insole sokongan lengkungan (arch support) adalah GAME CHANGER. Ia menyokong plantar fascia, mengagihkan tekanan dengan lebih sekata.
- Fisioterapi: Sekiranya rawatan atas tidak dapat membantu anda. Tiba masanya anda mendapatkan rawatan pakar. Rawatan fisioterapi membantu mengurangkan keradangan dan percepatkan penyembuhan tisu.
Plantar fasciitis bukanlah sakit biasa. Ia adalah petanda bahawa kaki kita telah ‘protes’ setelah lama diabaikan. Dengan memahami sebab plantar fasciitis dan mengambil tindakan rawatan plantar fasciitis yang betul, anda boleh menghilangkan sakit tumit waktu pagi itu untuk selama-lamanya.
Kenapa rawatan fisio adalah pilihan terbaik untuk plantar fasciitis?
Kerana pendekatannya menyeluruh. Fisioterapi bukan sekadar melegakan sakit, tetapi membetulkan punca masalah. Melalui kombinasi terapi manual, alat moden, dan senaman khusus, fisioterapi bertujuan untuk:
- Mengurangkan keradangan dengan pantas,
- Memulihkan kelenturan dan kekuatan tisu serta otot kaki,
- Mengajar teknik dan langkah pencegahan untuk mengelakkan sakit berulang.
Dengan kata lain, rawatan fisio memberikan penyelesaian jangka panjang, bukan kelegaan sementara.
Anda ada masalah plantar fasciitis?
👉 Jom tempah slot dengan kami dan mulakan rawatan anda!
📲 Chat with us on WhatsApp: Click here to start a conversation.
Fast response. No obligation.

